Share |

14 November 2010



Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesam

JANGKITAN KUTU

“Mama...... kepala aisya gatal la,’’ adu si kecil yang baru menjangkau usia tujuh tahun. Sejak tadi jari-jemarinya tidak henti-henti menggaru kulit kepala. Biasanya fenomena ini terjadi kerana kutu yang datang bertandang. Acap kali juga kanak-kanak sebaya Aisya menjadi mangsa.


TIP HINDARI JANGKITAN KUTU
1. Utamakan kebersihan diri.
2. Elakkan daripada berada di tempat yang sesak.
3. Tidak berkongsi pakaian dengan orang lain khususnya yang belum dibasuh.
4. Acap kali menyikat rambut anak.
5. Ikat rambut anak yang panjang dengan kemas.
6. Sentiasa memeriksa kulit kepala anak sekurang-kurangnya sekali seminggu.
7. Elakkan anak daripada bergaul dengan rakan-rakan yang dijangkiti kutu.
8. Beritahu anak supaya tidak berkongsi barang peribadi dengan kanak-kanank yang ada masalah ini.
9. Vakum permaidani dan lantai bagi mengelakkan jangkitan kutu yang ada pada rambut gugur.

AKU SEBUAH BASIKAL







AKU dipasang di sebuah kilang di Petaling Jaya. Sebahagian daripada badanku di buat dari besi, manakala sebahagian lagi dari getah dan plastik. Badanku berwarna merah dan aku dinamakan “Transformen’’.
Setelah siap dipasang, aku bersama kawanku dihantaq ke bandar Alor Setaq. Bila sampai di sana, aku diturunkan dan dipamerkan di sebuah kedai basikal.
Beberapa hari kemudian, seorang budak lelaki bersama bapanya datang ke kedai basikal itu. Dia membeliku dengan harga RM 250. Sejak hari itu, aku mendapat tuan baru.
Tuan baruku sangat sayang kepadaku. Setiap hari dia menggunakan aku untuk pergi ke sekolah. Entah macam mana, pada suatu hari sebuah lori sampah melanggarku. Waktu itu, tuanku meletakku di tepi jalan. Sebahagian besar daripada badanku rosak.
Aku berasa sangat kecewa keran tidak lagi dapat memberi khidmat kepada tuanku. Tuanku pula tidak mahu membaiki aku. Tuanku meletakkan aku di tepi rumahnya. Aku terbiar di situ sama ada pada hari panas mahupun hujan.
Pada suatu hari, tuanku pulang ke rumah dengan sebuah basikal. Rupanya sama sepertiku, cuma warnaya sahaja yang berbeza, iaitu hitam. Rupa-rupanya, tuanku telah membeli basikal baru. Beberapa hari kemudian, aku dijual sebagai besi buruk.

IBARAT CINTA YANG DIPIKAT LEPAS TU TINGGAL LEPAS TU CARI BARU.

Mr. Bean Mr. Bak,
Mr. Bean makan lobak.                                 

Mr. Bean Mr. Bak,
Mr. Bean kena tembak.

Mr. Bean Mr. Ban,
Mr. Bean naik van.
 
Mr.Bean Mr. Doh,
Mr. Bean bermain playdoh.

Mr. Bean Mr. Ngung,
Mr. Bean orang yang binggung.                                                    

Mr Bean Mr. Pet,                                                                           
Mr. Bean mata sepet.

Mr. Bean Mr. Wak,
Mr. Bean suka buat lawak.

Mr. Bean Mr. Ring,
Mr. Bean kurus kering.

.................HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHHAHAHAHAHAH.....................





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...