Share |

14 November 2010

AKU SEBUAH BASIKAL







AKU dipasang di sebuah kilang di Petaling Jaya. Sebahagian daripada badanku di buat dari besi, manakala sebahagian lagi dari getah dan plastik. Badanku berwarna merah dan aku dinamakan “Transformen’’.
Setelah siap dipasang, aku bersama kawanku dihantaq ke bandar Alor Setaq. Bila sampai di sana, aku diturunkan dan dipamerkan di sebuah kedai basikal.
Beberapa hari kemudian, seorang budak lelaki bersama bapanya datang ke kedai basikal itu. Dia membeliku dengan harga RM 250. Sejak hari itu, aku mendapat tuan baru.
Tuan baruku sangat sayang kepadaku. Setiap hari dia menggunakan aku untuk pergi ke sekolah. Entah macam mana, pada suatu hari sebuah lori sampah melanggarku. Waktu itu, tuanku meletakku di tepi jalan. Sebahagian besar daripada badanku rosak.
Aku berasa sangat kecewa keran tidak lagi dapat memberi khidmat kepada tuanku. Tuanku pula tidak mahu membaiki aku. Tuanku meletakkan aku di tepi rumahnya. Aku terbiar di situ sama ada pada hari panas mahupun hujan.
Pada suatu hari, tuanku pulang ke rumah dengan sebuah basikal. Rupanya sama sepertiku, cuma warnaya sahaja yang berbeza, iaitu hitam. Rupa-rupanya, tuanku telah membeli basikal baru. Beberapa hari kemudian, aku dijual sebagai besi buruk.

IBARAT CINTA YANG DIPIKAT LEPAS TU TINGGAL LEPAS TU CARI BARU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...