Share |

11 November 2010

ZIARAH...sanak-saudara menziarahi jenazah Allahyarham Shamrin di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, semalam.



ZIARAH...sanak-saudara menziarahi jenazah Allahyarham Shamrin di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, semalam



JASRIZATUL AKHMAR...isteri Shamrin
Isteri shamrin

KUALA LUMPUR: Penyanyi kumpulan Fotograf, Mohd Shamrin Abdul Samad, 45, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital selepas rebah ketika bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, pada jam 6.30, petang semalam.
Shamrin yang popular menerusi lagu Di Alam Fana Cinta dan Ke Pintu Kasihmu dikatakan tidak langsung menunjukkan sebarang tanda atau sakit sebelum rebah secara tiba-tiba di tengah padang ketika perlawanan persahabatan berlangsung di antara teman-teman artis.
Menurut rakannya, Shaful Azry Mohd Ariffin, 38, atau lebih dikenali sebagai Riot daripada kumpulan Kool yang berada di tempat kejadian, semuanya berlaku terlalu pantas hingga sukar untuk diingatkan semula.

“Sekitar jam 5.45 petang Shamrin ada mengangkat tangannya seolah-olah menunjukkan tanda dia kepenatan dan meminta pemain lain menggantikannya. Kemudian, dia tunduk seperti hendak membetulkan kasut dan ingin duduk. Namun, tiba-tiba rebah dan terbujur di tengah padang. Saya dan teman-teman yang sedang bermain terus meluru kearahnya.

Kami lihat dia menggigil dan kemudian tidak sedarkan diri, namun jantungnya masih berdegup. Kami buat pelbagai cara yang termampu untuk menyelamatkannya kerana bimbang mungkin serangan jantung. Namun, semuanya tidak berhasil dan terus mengangkat Shamrin untuk dibawa ke hospital di Kampung Baru.  
Ketika dalam perjalanan ke hospital, wajah dan tubuhnya sudah kebiru-biruan dan ketika itu denyutan jantungnya sudah berhenti,” katanya.

Jenazah Shamrin kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Selain menyifatkan kejadian yang menimpa sahabatnya itu bagai sukar dipercayai, Riot langsung tidak menyangka pertemuan petang itu yang terakhir antara mereka.

“Siapa sangka, dalam sekelip mata saja saya kehilangan seorang sahabat. Bukan saja kami berdua sering membuat persembahan bersama, malah kami berkongsi minat sama iaitu bermain bola sepak seperti kami lakukan hari ini,” katanya.

Shamrin meninggalkan balu, Jasrizatul Akhmar Abu Saman, 29, yang sarat mengandung anak ketiga serta dua anak iaitu, Akmal Danish, 5, dan Akmal Shamim, 1. Dia juga mempunyai anak perempuan Siti Najwa, 17, hasil perkahwinan pertama dengan Noreda Mohd Razali.

Jenazah Shamrin dikebumikan di tanah perkuburan USJ 22, Selangor, sebelum solat Jumaat hari ini.

Sebelum itu, Shamrin sempat membuat persembahan di Balai Seni Lukis Negara sempena Pelancaran Syiling P Ramlee dengan menyampaikan sebuah lagu seniman agung itu berjudul Bila Larut Malam.


kenapa peminat marahkan vee???

pix_middle
>PROFIL:
NAMA: Vanidah Imran
TEMPAT LAHIR: Pulau Pinang
TARIKH LAHIR: 1 Oktober 1971
BANGSA: Melayu-India
STATUS: Berkahwin
SUAMI: Rashidi Ishak
ANAK: Mikail Aimran, 7 dan Mariyam Rashika, 6
KERJAYA: Pelakon, pengacara dan model
TV/DRAMA: Salam Taj Mahal, Meena Minaci, Athirah, Arca Buat Maria, Balqis, Puding Roti Kari Ayam, Doaku Di Hari Raya, Hanya Satu, Pondok Buruk, Pondok Buruk 2, Doa Imran, Isabella
FILEM: Dari Kerana Mata, Akhirat, Sepi, Histeria, Papadom, Budak Lapok, Cinta, The Red Kebaya, Main-Main Cinta, 7 Perhentian, Makar, Hingga Hujung Nyawa, Mami Jarum Junior, Mami Jarum, KL Menjerit, Perempuan Melayu Terakhir, Badai Mentera, Cinta Metropolitan. Putera.
TEATER: Megat Terawis, Anak Tanjung, Selendang Umi, Laila Majnun, Keris Sang Puteri, Tun Perak, Lantai T Pinkie, Anugerah, Merdeka, Merdeka, Merdeka, Visits, Moh Ho Huan, Lantai T.Pinkie KL, Wangi Jadi Saksi, Lantai T.Pinkie, Ipoh
PENGACARA: Salem Cool Planet Tour (19954/1995), Pujaan10 Nescafe Road Tour & Final (1995/1996), VJ Rim Chart Show (1997), Kenali Pasangan Anda, Famili Game Show (2002), You Asked For It (2003, 2004, 2005), Bank Islam Mastercard Baru Aku Tahu (2005), Kuiz Siapa Boleh ( 2006)
GELARAN: Miss Selangor/Malaysia 1993/1994, Miss Selangor Photogenic 1993/1994, Miss Malaysia/World Photogenic 1993/1994, tempat kedua Miss Malaysia/World 1993/1994


MESKIPUN dia antara pelakon yang sedang laris membintangi drama, filem dan teater, Vanidah Imran, 39, tidak pernah menganggap dirinya popular atau perlu besar kepala dengan apa yang dinikmatinya sekarang.
Heboh digosip akan menggantikan Maya Karin sebagai pengacara baru Nona di TV3, Vanidah terus menjadi pilihan butik barang kemas terkemuka, Rafflesia The Pearl CeVee juga sedang menyambung pengajian di sebuah universiti tempatan.
Disebabkan itulah dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon yang menarik.


Bagi Vanidah atau Vee, apa yang diraihnya selama ini berkat usaha dan doa suami, anak dan peminatnya. 
"Saya percaya apa yang kita kena buat mestilah atas kejujuran dan berusaha. Jika berlakon, saya akan berlakon dengan sepenuh hati dan tidak pernah mengharapkan sebarang imbuhan atau anugerah.
Jika saya dapat sesuatu di sebalik kerja saya, ia adalah bonus. Saya berlakon kerana minat dan bakat yang dikurniakan Allah. Alhamdulillah selepas berkahwin dan ada anak, rezeki saya dalam bidang seni semakin baik.
Saya anggap semua ini rezeki," katanya.

Kata Vee, walaupun sibuk di lokasi penggambaran dia akan tetap mencuri masa untuk menguruskan rumah tangga.

"Saya tetap memasak dan mengemas rumah. Ada masa saya akan menghantar dan mengambil anak dari sekolah," katanya.

Ironinya, dek kesibukannya di lokasi penggambaran dan menguruskan rumah tangga, dia selalu terlepas peluang menonton drama sendiri di rumah!

"Selalunya keluarga atau kawan-kawan yang beritahu drama saya sedang ditayangkan. Kemudian mereka akan memberi komen mengenai corak lakonan saya. Kalau orang suka menonton lakonan saya, alhamdulillah. Kalau ada yang memberi komen negatif, saya tetap terima dan akan memperbaiki lakonan.

"Mengenai watak pula, sebagai isteri dan ibu, saya perlu memilih yang sesuai saja. Tidak bolehlah peranan yang melampau sangat.

"Dalam kebanyakan drama dan filem, saya lebih banyak melakonkan watak baik dan peminat nampaknya suka. Pun begitu saya perlu melakukan perubahan dengan mengambil watak yang lebih agresif, antagonis kerana bagi membuktikan lagi kebolehan berlakon.

"Saya tak mahu jadi pelakon stereotaip. Saya amat menghargai sokongan peminat tetapi saya perlu buat perkara baru. Takkan selamanya saya hanya pegang watak wanita yang baik-baik saja," katanya.

Sebagai langkah ke arah perubahan itu, Vee pernah tampil dalam telefilem Keranda Kayu, pegang watak antagonis yang dipaksa berkahwin oleh ibunya dengan lelaki berusia kerana harta.

"Pada masa sama saya ada teman lelaki dan kami sepakat untuk membunuh suami saya itu untuk mendapatkan hartanya. Kesudahan cerita saya menerima padahnya.

"Lucunya ada peminat sampai marahkan saya selepas tengok drama itu. Kata mereka watak hitam macam tak sesuai dengan saya. Selepas saya jelaskan sebab berlakon watak itu, barulah mereka faham.

"Bagaimanapun, kalau orang benci dengan watak jahat yang kita lakonkan, maknanya lakonan kita itu berkesan. Saya juga teringin hendak berlakon filem 'action-packed' dan harap ada pengarah yang sudi mengambil saya untuk mencuba watak lasak pula," katanya.

Terkini, Vee baru saja selesai penggambaran filem Dari Kerana Mata, arahan Melissa Saila. Kali ini dia digandingkan dengan Afdlin Shauki sebagai pasangan suami isteri. Ia berupa cerita komedi yang mengisahkan sikap lelaki mata keranjang.

Ana (Vee) berkahwin dengan Ramzi (Awie). Di luar rumah Ramzi memang pantang tengok perempuan berdahi licin.

"Ini lakonan kedua saya bersama Awie selepas kami muncul bersama dalam muzikal Cuci di Istana Budaya. Bagaimanapun, dalam teater itu kami tidak ada babak bersama. Namun sejak berlakon Cuci kami jadi kawan rapat.

"Awie badan saja besar dan nampak garang tapi sebenarnya dia seorang yang kelakar. Senang bekerja dengan Awie. Oleh itu tiada masalah apabila kami memegang peranan sebagai suami isteri dalam filem itu.

"Dari Kerana Mata tidak memaparkan komedi yang sengaja dibuat-buat atau slapstik. Kelucuan dalam filem itu dipaparkan secara spontan menerusi dialog dan aksi Awie selaku pelakon utama," katanya.

Barisan pelakon lain yang turut menggamatkan filem menarik itu ialah Fasha Sandha, Sazzy Falak dan Rozita Che Wan.

Melissa juga menampilkan kemunculan istimewa bintang veteran seperti Neng Yatimah, Hashimah Yon, Ruminah Sidek dan Norlia Ghani.

Vee juga kini dalam rundingan untuk membintangi sebuah filem terbaru arahan Afdlin yang diadaptasikan daripada sebuah novel popular.

Dalam perkembangan lain, Vee juga sedang menyambung pengajian di sebuah universiti tempatan. Disebabkan itulah dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon yang menarik.

"Baru-baru ini ada tawaran berlakon satu cerita hantu tapi saya bimbang penggambarannya akan berlarutan sampai ke awal pagi. Jadi saya terpaksa menolaknya.

"Bukan apa, takut tak terpikul beban kerja dan tugas belajar. Saya kena berikan tumpuan untuk belajar dan menghadapi peperiksaan. Saya tidak mahu terkandas lagi dalam pelajaran," katanya.

Mengenai desas-desus mengatakan Vee akan menggantikan Maya Karin untuk Nona, dia enggan memberikan sebarang komen lanjut.

"Lebih baik bertanya sendiri kepada pihak TV3 kerana mereka yang membuat segala keputusan," katanya.

10 November 2010

...CINTA DUA SEJOLI...


Dua merpati sejoli. Sehidup semati. Sehati sejiwa.

Seperti ibu ku dan ayah ku. Walaupun ayah ku dah  meninggal mak tetap sayang ayah sehingga hujung nyawa mak. Cinta hadir tanpa paksa jadi.
 Ini tak sampai sanggup bunuh diri asalkan dapat kawin dengan orang yang depa suka. Awat la sampai macam tu. 
Tengok orang dulu-dulu xpayah bercinta tapi  depa bercinta dan berkasih masa depa dah kawin..
Ala masing-masing pandai cakap ja. Yang cakap macam tu pun penah bercinta gak. Tipulah zaman sekarang kalau xkawan. xcinta. Orang cakap apa xcinta maka xkenal.
Ayat kelakar bila dengar tapi itu lah hakikatnya CINTA DUA SEJOLI yang dimaksudkan zaman sekarang.
Cite terbaru suami isteri sehidup semati sampai ke lubang liang lahad mereka bersama.
.....Alahmdulliah cinta sejati namanya......

PROTON INSPIRA





    






Keluaran Terbaru dan terhebat. Tempahan sekarang. 1800 tempahan.

09 November 2010

Orang Kedah

Hari berganti hari,
bulan berganti bulan.
Raya haji makin hampir.
Persiapan hari haji belum disiapkan.

   Dugaan setiap dugaan melanda. Mengapa hanya kawasan Utara sahaja yang terkena tempias kesalahan orang lain dari yang Maha Esa.  Ya Allah kau kuatlah semangat rakyat-rakyat Utara yang kesimpitan kewangan dan hidup akibat dari bencana Mu.. Semua dugaan dari Mu tetapi darimu jua kami mohon selamatkan kami semua dari bencana yang mungkin mengalami gelombang kali kedua dalam bencana banjir ini. Kasihanilah umatMu ini yang kebanyakan kesusahan kewangan..

   Kisah terbaru hari ini, banyak institusi pengajian tinggi memberi perkhidmatan membantu bencana banjir. Dengan pelbagai orang dan golongan hadir membantu mereka tetapi ada juga mempunyai hati yang bersih dan suci memahami kesengsaraan golongan mangsa banjir ini. Ada yang menitis air mata melihat barang berharga ini kotor dan rosak. Anak yang tertekan melihat rumah kotor lalu lelaki ini lari dari rumah hanya disebabkan rumah kotor.  Semua ini hanya ujian dari yang Maha Esa. Namun begitu, kerajaan negeri tidak mengambil inisiatif membantu mangsa banjir ini. Semuanya mengharap bantuan daripada kerajaan pusat.

   Nasib-nasib mangsa banjir yang miskin bertambah miskin dengan kehilangan barang seperti motosikal, television dan barang berharga. Pencuri mengambil kesempatan dengan keadaan mangsa banjir ini. Adakah patutnya membantu mangsa banjir tetapi mencuri . Betapa sikap anak-anak muda yang tidak memberi peluang diri dan hati mereka memahami perasaan mereka yang simpitan hidup Dalam bencana banjir ini.

   Orang Kedah mengharap bantuan makanan dan tempat tinggal tidak dihulurkan oleh kerajaan negeri. Kemana menghilang kerajaan negeri ini. Pemberian ehsan dari Sultan Kedah baru Orang Kerajaan Negeri hadir. Adakah patut orang Kedah dapat balasan ini sedangkan Orang Kedah sokong mereka dalam undian terdahulu. Ada yang tidur atas batas sawah, makan atas sawah disebabkan mereka tiada laluan untuk berpindah ke tempat selamat hanya mengharapkan kerajaan negeri untuk memberi bantuan kenderaan untuk ke tempat pindahan yang selamat.

....Hanya orang yang mempunyai hati yang bersih sahaja dapat memahami kesengsaraan Orang Kedah.....

                    

Whitecolour: Koleksi Baju Pengantin

Whitecolour: Koleksi Baju Pengantin: "Musim kenduri hampir dekat . Pilihlah baju pengantin sesuai dengan diri anda dan ciri diri anda. Barulah nampak anda pengantin yang..."

Koleksi Baju Pengantin









Musim kenduri  hampir dekat . Pilihlah baju pengantin sesuai dengan diri anda dan ciri diri anda. Barulah nampak anda pengantin yang paling ceria dan gembira.



                      


                              


                                                                                   




Anda peminat sotong gurita..... apa kelebihan sotong gurita ini.. Bagi saya sotong gurita ini hanya seekor binatang. Tetapi bagi luar negara bukan islam mengangap sotong ini penentu kegagalan atau kemenangan sesuatu permainan.. Yang saya tahu sotong ini xde kelebihan ape2 kecuali kelainan sotong ini dari segi kecantikan dan kelainan semuanya  kerahmatan ciptaan Allah.. ..
Bagi orang islam semua kemenangan dari usaha dan doa masing-masing untuk mencapai kemenangan..

peminat sotong gurita

Sengsara

Banjir pada tahun 2010 adalah banjir yang paling teruk. Kasihan kepada mangsa banjir.  Pelbagai lagi bencana alam telah berlaku..
Pada bulan ini sahaja bencana menimpa bertubi-tubi kepada mangsa banjir. Mungkin ini semua ada hikmah dari yang maha esa....
 Banjir, gunung berapi, tsunami, kematian yang berpuluh ribu.. Ya allah selamatlah dunia ini dengan bencana walaupun semuanya datang daripada engkau. Amin..........
















08 November 2010

BERCOUPLE ATAU JUAL MAHAL


Sumber : I luv Islam..
Masa kecil saya pernah memikirkan, memang perlukah seorang yang dewasa ber'dating' sebelum melangkah ke alam perkahwinan?
Kenapa saya bingung akan hal ini? Kecil-kecil lagi sudah gatal?
Bukan begitu. Naluri kanak-kanak saya pada waktu itu merasakan tidak selesa dengan apa yang ditayangkan dikaca televisyen.
Jikalau ceritanya tentang pasangan kekasih, sudah pasti ada adegan keluar makan berdua-duaan sebelum punya ikatan yang sah.
Cerita tempatan apatah lagi luar negara, babak kekasih dilamun cinta sebelum berkahwin disusun dengan penuh teliti.
Tetapi saya memang bingung.
Memang perlukah begitu? Perlukah bercouple sebelum berkahwin? Nyata saya tidak selesa di awal usia kanak-kanak.
Cinta Monyet
Alhamdulillah, semasa di sekolah rendah mahupun sekolah menengah saya jauh dari memahami erti ataupun mengalami cinta monyet.
Istilah yang biasa tetapi sekadar mendengar.
Ada sahaja rakan-rakan yang ber'cinta' seawal darjah lima.
Saya bingung. Memang terlalu muda untuk memahami tentang perkara ini.
Maka tidak hairanlah mengapa saya bingung ketika itu.
Pelik dan mencari-cari sebab mengapa ada yang bercinta seawal usia di darjah lima.
Di sekolah menengah, lain pula ceritanya. Kisah bercinta menjadi lebih hebat.
Mungkin merasakan diri lebih matang sedangkan baru menginjak remaja.
Kisah cinta disekeliling saya bermacam-macam.
Kenyataan-kenyataan seperti; batch kami bercinta seperti tukar baju (pelajar batch tersebut sering bertukar-tukar pasangan ibarat menukar baju setiap hari), ada senior mengaku dia bercinta untuk mencari pengalaman.
Aduh! Saya menjadi semakin bingung.
Benarkah ini semua?
Erti couple, cinta dan perkahwinan
Kini setelah saya berusia dua puluh dua tahun, saya semakin mengerti.
Kisah pasangan berdua-duaan yang saya fikirkan semasa kecil, bukanlah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam.
Bahkan, Islam sebagai cara hidup menggariskan cara yang cukup indah dan sempurna untuk mengikat pertalian antara adam dan hawa.
Kisah cinta monyet yang membingungkan semasa di zaman sekolah juga dapat saya cari jawapannya.
Buku Tentang Cinta karangan Ustaz Pahrol banyak membantu saya untuk memahami isu ini.
Tambahan pula, semasa saya di Kolej Yayasan UEM Lembah Beringin, forum Tentang Cinta telah diadakan. Panel-panel terdiri daripada Ustaz Pahrol sendiri, Ustaz Hashim (trainer Fitrah Perkasa) dan Ustaz Hasrizal.
Panel yang hadir cukup berpengalaman kerana mereka jauh lebih dewasa dan sudah berkeluarga.
Islam dan Cinta
Islam menganjurkan lelaki dan wanita bertaaruf iaitu berkenal-kenalan sebelum mengikat pertunangan.
Cara bertaaruf menjaga adab dan syariat. Pasangan tidak berdua-duaan tetapi ditemani oleh orang tengah mahupun ibu bapa sendiri.
Bercinta pula perlu punya tujuan. Apa tujuan cinta monyet?
Sekadar suka-suka atau untuk mencari pengalaman? Jika benar, bukankah itu alasan-alasan yang menyedihkan?
Bercinta adalah berkasih sayang.
Mampukah untuk kita berkasih sayang dengan seseorang yang asing jika kita belum mampu menyayangi ahli keluarga sendiri?
Maka jika benar, kita berkasih sayang dengan orang luar perlu sama seperti berkasih sayang dengan ahli keluarga sendiri.
Tetapi adakah perkara ini benar-benar berlaku di antara pasangan yang menyatakan diri mereka bercinta?
Bagi saya, untuk memahami istilah cinta, saya perlu memahami erti mencintai diri sendiri, mencintai ahli keluarga, mencintai rakan-rakan dan yang lebih utama mencintai Allah dan RasulNya.
Saya perlu menguasai erti cinta ini sebelum mencintai seseorang yang asing - lelaki dalam hidup seorang wanita.
Terlalu teoritikal? Pandai-pandailah mencari cara untuk amalinya.
Semakin dewasa saya semakin memahami dan lihat sendiri teori-teori cinta secara praktikalnya (bukan saya yang bercinta, tetapi melihat realiti disekeliling).
Cinta itu perlukan kepercayaan dan tanggungjawab. Cinta itu memberi tanpa mengharap balasan.
Teori ini memang benar untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang saya ketahui(bukan menjaga tepi kain orang, tetapi mungkin diri sudah cukup dewasa memahami permasalahan ini).
Perkahwinan yang memang bergelora.
Sesekali terasa takut pula memikirkannya. Tetapi seperti kata emak; Jalan ini mudah sahaja jika manusia ambil jalan yang lurus. Tetapi hakikatnya, ada yang memilih yang bengkang-bengkok.
Jual mahal?
Setelah berusia dua puluhan dan masih tidak berpunya atau tidak pernah ber'boyfriend', maka masyarakat amnya masih mempunyai stigma bahawa tuan punya badan mungkin jual mahal.
Nasihat seperti , jangan jual mahal nanti tidak laku dan sebagainya dilontarkan.
Persoalannya, setelah beberapa perkara seperti di atas dibangkitkan, adakah benar bahawa seseorang yang tidak ber'boyfriend' itu wajar dikategorikan sebagai jual mahal atau memilih?
Atau mungkin tuan punya badan sekadar menongkah norma masyarakat kerana tidak bersetuju dengan gejala couple yang dipandang sebagai satu kemestian dan kebiasaan?
Atau mungkin tuan punya badan benar-benar memikirkan erti sebenar cinta dan berkasih sayang?
Isu yang berat untuk difikirkan bersama.
Masakan tidak, di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :
"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".
Masakan cinta dan perkahwinan perkara yang main-main sekiranya sebesar ini ganjaran yang dijanjikan Allah.
Tulisan ini sekadar perkongsian yang sudah mula saya fikirkan sejak kecil lagi. Mencari-cari apakah formulanya sedangkan Islam memang ada jawapannya.
Tulisan ini juga sekadar muhasabah diri dan mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan kakak kandung saya yang bakal melansungkan pernikahan Sabtu ini.
Juga buat senior mahupun junior yang selamat diijabkabulkan sepanjang cuti ini.
Tahniah dan selamat menempuh alam baru!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...