bulan berganti bulan.
Raya haji makin hampir.
Persiapan hari haji belum disiapkan.
Dugaan setiap dugaan melanda. Mengapa hanya kawasan Utara sahaja yang terkena tempias kesalahan orang lain dari yang Maha Esa. Ya Allah kau kuatlah semangat rakyat-rakyat Utara yang kesimpitan kewangan dan hidup akibat dari bencana Mu.. Semua dugaan dari Mu tetapi darimu jua kami mohon selamatkan kami semua dari bencana yang mungkin mengalami gelombang kali kedua dalam bencana banjir ini. Kasihanilah umatMu ini yang kebanyakan kesusahan kewangan..
Kisah terbaru hari ini, banyak institusi pengajian tinggi memberi perkhidmatan membantu bencana banjir. Dengan pelbagai orang dan golongan hadir membantu mereka tetapi ada juga mempunyai hati yang bersih dan suci memahami kesengsaraan golongan mangsa banjir ini. Ada yang menitis air mata melihat barang berharga ini kotor dan rosak. Anak yang tertekan melihat rumah kotor lalu lelaki ini lari dari rumah hanya disebabkan rumah kotor. Semua ini hanya ujian dari yang Maha Esa. Namun begitu, kerajaan negeri tidak mengambil inisiatif membantu mangsa banjir ini. Semuanya mengharap bantuan daripada kerajaan pusat.
Nasib-nasib mangsa banjir yang miskin bertambah miskin dengan kehilangan barang seperti motosikal, television dan barang berharga. Pencuri mengambil kesempatan dengan keadaan mangsa banjir ini. Adakah patutnya membantu mangsa banjir tetapi mencuri . Betapa sikap anak-anak muda yang tidak memberi peluang diri dan hati mereka memahami perasaan mereka yang simpitan hidup Dalam bencana banjir ini.
Orang Kedah mengharap bantuan makanan dan tempat tinggal tidak dihulurkan oleh kerajaan negeri. Kemana menghilang kerajaan negeri ini. Pemberian ehsan dari Sultan Kedah baru Orang Kerajaan Negeri hadir. Adakah patut orang Kedah dapat balasan ini sedangkan Orang Kedah sokong mereka dalam undian terdahulu. Ada yang tidur atas batas sawah, makan atas sawah disebabkan mereka tiada laluan untuk berpindah ke tempat selamat hanya mengharapkan kerajaan negeri untuk memberi bantuan kenderaan untuk ke tempat pindahan yang selamat.
....Hanya orang yang mempunyai hati yang bersih sahaja dapat memahami kesengsaraan Orang Kedah.....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda...